PELAKON Mierul Aiman menyifatkan rakan seperjuangannya, Zarif Ghazzi sebagai seorang anak seni yang sangat profesional dan sentiasa memberikan komitmen terbaik di set penggambaran biarpun sedang berdepan kemelut kontroversi.Mierul atau Mohammad Amirul Aiman Norazman, 28, berkata, prestasi kerja Zarif langsung tidak terganggu ketika mereka sama-sama menjayakan penggambaran sebuah kempen jenama baru-baru ini. "Saya sedang menjalani penggambaran bersama dia sekarang untuk sebuah kempen jenama. Apa yang saya nampak, Zarif adalah rakan lakon serta rakan kerja saya dan dia memberikan yang terbaik di dalam set. "Walaupun ada isu peribadi, saya lihat semuanya atas dasar kerja sahaja. Soal peribadi dia memang saya tidak pernah tanya lebih, lagi pula pengurusnya sentiasa berada bersama dan kita hormati bahagian itu.Mierul berkongsikan yang Zarif seorang yang profesional. "Alhamdulillah setakat ini dia sangat profesional dan saya rasa sikap profesional itu perlu saya ambil sebagai contoh," katanya kepada mStar. Menurut Mierul, dia juga tidak pernah membuka mulut atau bertanyakan mengenai isu peribadi tersebut kepada Zarif atas dasar menghormati privasi rakan sekerjanya itu.Mierul juga berkata dia enggan mengulas secara mendalam kerana menyifatkan dirinya tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan berkenaan."Saya faham sesuatu situasi sama ada ringan atau tegang adalah salah satu proses yang kita semua akan lalui bukan sahaja sebagai pelakon, malah sebagai manusia. ARTIKEL BERKAITAN: Zarif Ghazzi buat laporan polis, lantik peguam susulan dakwaan salah lakuARTIKEL BERKAITAN: “Dia baik dan sopan” - Yasmin Hani puji Zarif Ghazzi, kongsi nasihat jaga kesihatan mental"Untuk saya melontarkan pendapat lebih mendalam, saya tiada kuasa dalam bahagian itu," ujarnya. Kata aktor itu lagi, dia percaya pihak pengurusan kedua-dua belah pihak dan sistem perundangan negara untuk mengendalikan kes tersebut dengan adil."Saya percaya pengurusan dia melakukan kerja yang terbaik dan menggalas tanggungjawab sebaik mungkin, begitu juga di pihak sana."Seperti yang kita tahu, kedua-dua pihak sekarang bergerak berlandaskan peraturan dan undang-undang. Saya percaya pada undang-undang negara kita serta pihak penguat kuasa."Saya berharap pihak berkuasa menjalankan tugas dengan adil supaya keadilan tercapai dan saya mendoakan semua pemain industri termasuk kawan saya sendiri terus kekal cekal menghadapi situasi tegang ini," tambahnya. Mierul harap Zarif terus cekal dengan kontroversi yang terpalit dirinya. Sebelum ini, Puteri Balqis mendedahkan dirinya berasa kurang senang dengan sikap seorang pelakon lelaki yang didakwa bersikap sombong selain sengaja bergesel dengannya tanpa sebab ketika menjalani penggambaran.Sementara itu, pelakon Zarif Ghazzi yang namanya turut dikaitkan dengan kontroversi berkenaan dilaporkan sudah membuat laporan polis bagi mempertahankan diri daripada tuduhan tersebut.Untuk rekod, Puteri Balqis dan Zarif merupakan antara barisan pelakon yang membintangi drama Dua Nyawa terbitan Global Station yang turut menampilkan Jazmy Juma, Kodi Rasheed, Vanidah Imran dan Eizlan Yusof.TONTON VIDEO PILIHAN!