suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jam tangan kena samun, kepala pelakon berlumuran darah diserang dua perompak

Keegan Allen cedera teruk akibat dipukul perompak.

PELAKON siri popular Pretty Little Liars, Keegan Allen berdepan detik cemas apabila disamun dan diserang dua lelaki bersenjata di kawasan tempat letak kereta di Santa Monica Boulevard, West Hollywood, Los Angeles pada Sabtu. 

Kejadian ngeri itu dikongsikan sendiri oleh Allen, 37, menerusi sebuah hantaran video di Instagram miliknya yang memperlihatkan bahagian kepala hingga ke lehernya berlumuran darah sejurus insiden berlaku.

“Saya baru sahaja disamun dan jam tangan saya dirampas. Dua lelaki ini memukul kepala saya, mengacukan pistol dan membawa pisau sebelum melarikan diri bertopeng,” katanya.

Keegan menunjukkan darah yang keluar daripada kepalanya. 

Menerusi rakaman kamera keselamatan yang disertakan, dua penjenayah terbabit dilihat menghampiri mangsa ketika dia sedang memasukkan barangan ke dalam kenderaan miliknya sebelum salah seorang daripada mereka bertindak memukul kepala pelakon itu menggunakan pistol secara berulang kali.

Sementara itu, Jabatan Syerif Daerah Los Angeles (LASD) mengesahkan menerima panggilan kecemasan mengenai insiden samun terbabit sekitar pukul 9.05 malam waktu tempatan yang melibatkan dua suspek berpakaian serba hitam sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun jadi duda, Teuku Ryan sudah temui kekasih baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon masuk wad buat lima kerja sehari, tiada wang simpanan demi lunas hutang keluarga

Pihak berkuasa memaklumkan suspek bersenjatakan pistol dan pisau itu meminta jam tangan serta gelang milik mangsa sebelum bertindak mencederakannya di bahagian muka sehingga menerima rawatan awal daripada Jabatan Bomba Daerah Los Angeles.

Meluahkan rasa kecewa terhadap tahap keselamatan di kawasan tersebut, Allen bersyukur kerana nyawanya masih panjang meskipun diugut bunuh oleh penjenayah terbabit semata-mata kerana mahu merompak seutas jam tangan.

Artikel Lain